Pages

Friday, January 27, 2012

Papa-to-be

Salam semua. Untuk pengetahuan semua, tak lama lagi, aku akan menjadi seorang DADDY!!

Sekarang ni isteriku tengah berjuang untuk melahirkan anak pertama kami nanti. Dijangka tak lama lagi baby akan due. InsyaAllah, if everything is ok, wife aku akan bersalin di Kuala Pilah.

Saat gementar tu memang lumrah bagi aku. Kenapa? Kerana aku akan memikul tanggungjawab yang berat sebagai ayah untuk mendidik anak dan juga memimpin keluarga. Nasib baik aku dianugerahkan isteri yang sangat smart dan bijak:)

Anak pertama kami ini akan menjadi cucu pertama di belah keluarga aku, cucu pertama untuk nenek aku belah ayah, manakala cucu ketiga belah keluarga isteri aku. Dia akan menjadi abang/kakak kepada semua adik beradik dan sepupunya nanti.

Semoga aku dan isteri diberi kekuatan untuk memantapkan ilmu, akhlak dan jatiditi anak-anak kami. Kami tahu, ini bukan misi yang mudah.

Till then~
Related Posts with Thumbnails