Pages

Wednesday, September 21, 2011

Persediaan menguruskan URI baby:)

Sedikit artikel mengenai cara menguruskan URI cara moden:)

BAGI mereka yang baru saja bergelar ayah, selain gementar ketika kali pertama melaungkan azan atau iqamat di telinga bayi, pastinya perasaan itu lebih bertambah tatkala menerima bungkusan daripada jururawat yang di dalamnya terkandung uri bayi. 

Pasti mereka tertanya-tanya bagaimana menguruskan uri kerana sebelum ini tidak pernah diberitahu mengenai�nya. Ada yang mengambil jalan mudah dengan menyerahkan kepada ibu, nenek atau bidan kampung untuk dibersihkan dan ditanam dengan alasan tidak tahan melihat darah atau jijik untuk membasuhnya.
Ramai ibu bapa membuat persediaan menyambut kelahiran bayi dengan menye�diakan pelbagai kelengkapan tetapi terlupa mendapat�kan maklumat mengenai cara menguruskan uri mengikut syariat Islam sebenar.

Oleh itu muncullah pelbagai cara yang menjadi amalan di kalangan masyarakat Melayu, seperti uri yang ditanam bersama pelbagai benda seperti jarum, paku dan kain batik berfungsi untuk melindungi bayi.



Malah di sesetengah kawasan penanaman uri dipasang lilin pada waktu malam selama tujuh malam bagi mengelak kejadian pelik menimpa bayi.


Mengikut kepercayaan masyarakat zaman dulu, uri haruslah dibasuh bersih sehingga tiada darah tertinggal. Kemudian tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri ini. Tempurung berisi uri perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.

Sebelum lubang dikambus, paku, jarum dan asam keping yang diikat bersama ditanam sekali.

Barangan ini adalah simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah. Tidak habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidup�kan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam kerana dipercayai mampu mengelak bayi mengalami kembung perut dan menangis sepanjang malam.

Mereka percaya uri yang ditanam mempunyai ‘hubu�ngan’ dengan kehidupan bayi yang baru lahir. Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakai dan sebatang paku bagi mengurangkan masalah bayi menangis malam.

Menurut Pengarah Urusan ANP Solutions, Ade Azreena Mahadi, secara saintifik uri atau plasenta adalah ‘sarung’ yang terbentuk di dalam rahim ketika kehamilan dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat agar janin mendapat oksigen dan makanan daripada ibunya.

Oleh kerana ia sebahagian daripada tempat bayi maka ia bersih dan perlu diperlakukan dengan baik seperti ditanam� dan tidak ditinggal�kan merata-rata bagi me�ngelak dimakan anjing atau binatang lain.

Berdasarkan pengalaman sendiri, Ade Azreena meng�akui dia turut melepaskan tanggung�jawab menguruskan uri kepada ibu mentuanya ketika melahirkan anak pertama.

“Ketika itu saya dan suami tidak terfikir menye�diakan kelengkapan menguruskan uri dan menyerahkan kepada ibu saja.

“Lama kelamaan selepas melihat rakan turut mengalami masalah sama, saya terfikir mengapa peralatan menguruskan uri tidak dijual di pasaran. Jika ada sudah tentu tidak perlu bersusah payah mencarinya,” katanya.

Ujar Azreena set asas pengurusan uri di pasaran itu, sama seperti set beng�kung dan pakaian bayi, set pengurusan uri juga harus disediakan lebih awal sebelum kelahiran.

Selepas mendapatkan pandangan agama maka lahirlah set asas pengurusan uri Grandma Secret yang baru saja dilancarkan dua bulan lalu.

Set berharga RM35 itu mengandungi bahan asas seperti periuk tanah, garam, asam jawa, kain putih dan sarung tangan getah. Fungsi periuk tanah adalah untuk meletakkan uri di dalamnya dan memudahkan ditanam supaya tidak dimakan binatang.

Asam jawa dan garam untuk membuang lendir dan darah ketika membersihkannya supaya tidak menarik deria binatang untuk menggali dan memakan uri.

“Uri adalah darah lendir yang keluar ketika melahirkan anak. Justeru bagi memudah�kan cucian, garam dan asam jawa boleh digunakan. Selepas itu barulah dibalut menggunakan kain putih dan dimasukkan di dalam periuk tanah sebelum ditanam. Bagi yang geli memegangnya, mereka boleh menggunakan sarung tangan disediakan,” katanya.

Ade Azreena berharap dengan kehadiran set asas pengurusan uri, ibu bapa terutama yang baru pertama kali mempunyai anak tidak lagi tercari-cari bahan untuk menguruskan uri. Mereka hanya perlu membeli di kedai dan mengikut peraturan yang tertera pada kotak itu.

Walaupun terdapat pelbagai amalan ketika menanam uri, sebenarnya ia lebih kepada kepercayaan yang menjadi amalan sejak turun temurun. Namun sekiranya amalan berkenaan boleh memesong�kan akidah ia adalah haram.

“Jika kita benar-benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak daripada menangis malam dan sawan, keadaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat.

“Misalnya, ada juga yang percaya sekiranya uri ditanam bersama jarum atau paku, ia boleh mengelak daripada gang�guan makhluk halus. Ini jelas salah dan berdosa kerana kita dilarang terus daripada percaya selain Allah,” katanya.

Tambahnya, tiada doa khusus dibacakan ketika menanam uri cukup sekadar membaca Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muham�mad saw. Jika ada yang berkata cara menanam uri ada kaitan dengan perilaku anak, ini tidak benar.

Sebenarnya bagi mendapat�kan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak-anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam.

Pada majlis itu juga turut dilancarkan set lengkap pe�ngurusan jenazah Ar-Raudah di bawah syarikat HNZ Industries yang menyediakan peralatan lengkap menguruskan jenazah seperti kain putih, kapas, akar sintok dan kapur barus bagi memudahkan waris menguruskan kematian terutama pada waktu malam.

Menurut Nik Mohd Erizal, dia terpanggil untuk menjalankan perniagaan ini selepas anak saudara meninggal dunia pada jam 2 pagi.

“Disebabkan kedai belum dibuka, jadi sukar untuk menyediakan keperluan sedangkan jenazah perlu dikebumikan keesokan harinya. Selepas mendapat�kan pandangan daripada Majlis Agama Islam Kelantan dan memenuhi semua kriteria ditetapkan barulah saya mencari pembekal bahan untuk dimuatkan dalam Ar-Raudahkit ini,” katanya yang kini memperluaskan pasaran Ar-Raudahkit ke seluruh negara terutama di hospital, masjid dan rumah orang tua.


source: http://www.hmetro.com.my/articles/Elakkotorantanamuri/Article

2 comments:

  1. kau jangan tutup blog ni sampai aku kawin
    nanti aku nak pakai link ni ekeke

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana mengisi artikel ini dalam ruangan blog anda ...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails