Pages

Sunday, May 1, 2011

Update terkini

Salam, seperti yang sedia maklum, aku kini bergelar suami orang, atau yang lebih tepat sekali suami kepada Puan Zunita Ramli. Alhamdulillah, setakat ni hidup kami bahgia, rezeki pun kelihatan murah, dan yang paling penting, kami selamat di bumi negara matahari terbit ini.

Disebabkan aku terpaksa tunggu 2 bulan lebih lagi untuk dapat biasiswa, hidup kami berdua sekarang ini ditanggung oleh savings kami, part-time aku, dan juga, sedikit bisnes kecil yang wife aku buat. Cukuplah untuk hidup, tak lah miskin dan taklah mewah.

Aku sangat bertuah sebab dapat isteri yang sangat baik hati dan memahami keadaan aku yang masih lagi belajar.  Kalau ikutkan aku nak je aku beli kereta so that boleh jalan-jalan ke mana-mana tempat sekitar Kanto ni. Tapi tulah, yang ada basikal je, banyak kali jugak la aku kata kat isteri kebaikan naik basikal ni hehe. Kan naik basikal ni jimat duit, boleh exercise, boleh beromantik sambil naik basikal, macam2 lagi lah kan. Rezeki yang ada sekarang memang aku akui terhad untuk kami berdua. InsyaAllah nanti kalau aku dah grad, then balik Malaysia, aku nak senangkan hidup keluarga aku ni. Sekarang ni bersyukur sangat ada part time kat Tokyo, kerja sebagai guru Bahasa Melayu kat sebuah institut bahasa asing. Gaji pon agak lumayan, walaupon seminggu aku cuma mengajar 3,4 kali je.

Oh, lagi satu, sebagai pelajar tahun akhir kat Saitama University ni, aku kena buat fyp, syarat wajib untuk grad. InsyaAllah aku akan belajar, mengkaji dan buat antenna hehe.

InsyaAllah jugak akan update lagi blog ni dari masa ke masa. Agak kaku jugak nak update kali ni, sebab rasa cam dah setahun tak update.

Till then, また~~~

ps: Congrats to Reena & Wahi yang baru je kahwin minggu ni:) Semoga korang bahgia sehingga ke syurga:)

3 comments:

  1. bile nk bergelar bapak plak nih? hohoho~ weh, buat antenna btol2, aku da fedap ngan masalah radio kat tmpt keje aku ni~ skang ni nk tuka drpd omni-directional ke 120 deg directional antenna frm sinclair plak (bkan asyraf sinclair indon celup tuh)~ tgk masalah coverage leh setel ke x~ huhuhu~

    ReplyDelete
  2. @ureshi and jawa, THANKS!!
    So sorry lambat reply. Tak terperasan la pulak:P
    InsyaAllah aku akan buat MSA antenna atau waveguide antenna. Tengok progress dulu hehe. Nanti biar aku betulkan semua antenna kat Malaysia tu hahahaha:P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails