Pages

Saturday, May 14, 2011

Torrent: Kena tangkap ke tak?

Salam & selamat sejahtera.

Aku sentiasa berhati-hati bila mendownload guna torrent. Sejak January 2010, bila kerajaan Jepun dah start apply undang-undang pasal mendownload(memuat-turun) file melalui torrent software or p2p software, aku dah macam takut nak download banyak-banyak.

Antara amalan yang aku amalkan bila download file, contohnya aku nak download How I Met Your Mother, aku akan pastikan aku limitkan download speed & upload speed. Kalau tak limitkan aku cuak bandwidth yang aku guna akan dikesan oleh ISP aku iaitu KDDI.

Mengikut dari pengalaman aku, kalau guna torrent software itu sendiri tak salah. Cuma yang jadi salah kalau kita download file yang ada “copyright reserved”, atau dengan kata lain kalau kita download file tanpa kebenaran penciptanya.

Rasanya aku nak download cerita banyak-banyak, so that nanti aku balik Malaysia ada la kan hiburan nak layan kat rumah. Lagipun, adik aku suka sangat nak tengok anime Naruto, Bleach dll.

Mmm. Isteri dah minta update blog selalu, so as first step, aku guna Windows Live Writer untuk menyenangkan aku untuk memperbanyakkan lagi post kat blog ni. InsyaAllah dengan adanya software ni, aku jadi lebih rajin untuk menulis. Kalau boleh aku tak nak jadi sekadar “hangat-hangat tahi ayam”.

Oh ye, aku ada blog lain, tapi blog ni aku guna Japanese. Blog ni lebih menumpukan kepada final year project aku.

Tu je lah kot. また~

Signboard ke Majlis Walimatul Urus sebelah lelaki

2 comments:

  1. torrent.. ? ade dalam 4 5 tahun da aku tak pakai... huhu.

    sekarang pakai direct donlot je.. donlot dari host file (rapidshare, hotfile, fileserve, filesonic, dll)..

    chosakuken mondai mo ki ni shinakutemo sumu shi..
    torrent yori anzen shi..

    ReplyDelete
  2. For the time being rasanya torrent still "safe". Host file pon ok, cuma sikit lambat and susah nak cari.

    Still pakai both torrent and direct DL. They both have merits.:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails