Pages

Wednesday, August 25, 2010

円高って何ッスか?Nilai Yen naik?

Hari ni tengok pasal laki buat flying kick+muay thai kat sorang pompuan ni. Manusia zaman sekarang ni, memang nak kembali ke zaman jahililiah betul. Wanita mestilah dijaga dengan lemah lembut, bukan dengan flying kick!!

Okeh, untuk mereka yang berada di Jepun, sure dah tahu pasal 円高. 円高(endaka) merujuk kepada kenaikan nilai matawang Yen berbanding matawang asing, terutamanya berbanding matawang USD. Siapa yang balik Malaysia 夏(summer) ini memang best ah, kaya la korang kat Malaysia nanti hehe.

Aku rasa semua orang pon dapat agak, bila Yen naik, maknanya eksport dari Jepun akan menurun. Bila eksport Jepun menurun, ekonomi Jepun yang bergantung kepada eksport akan teruk terjejas. Negara luar akan mengurangkan import barang Jepun, secara langsungnya akan menyebabkan kerugian yang besar.

Tapi tak semua kesannya buruk. Ketika ini kita tengok ramai rakyat Jepun yang banyak duit akan ambil peluang ini untuk melancong ke overseas. Yelah, Yen kan naik, so for short period of time, mereka jadi pakcik kayo sekejap. Memang best la, lagi-lagi 円高 jatuh pada musim panas, yang mana ramai rakyat Jepun ambil cuti panjang.

Ahah, ni ada info yang aku nak bagitau pembaca blog aku ni.

Ada berita gembira kepada mereka yang nak bawak balik YEN ke Malaysia nanti. Ada kemungkinan nilai Yen akan naik ke paras yang amat tinggi berbanding nilai USD, iaitu lebih kurang 1 USD= 74 Yen. Tapi sebelum tu dijangkakan USD akan naik semula ke paras 90 Yen ke atas menjelang akhir tahun ini.

Perkara ini diramalkan oleh seorang pakar ekonomi Jepun, iaitu 若林栄四, yang mana beliau kata ianya akan berlaku pada musim spring (春)2012.YEAYY!!(kalau betul la hehe)

Okeh meh tengok video ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails