Pages

Tuesday, August 24, 2010

まだまだ暑い~

Musim panas tahun ni adalah yang terpanas dalam sejarah aku berada di Jepun. Tahun ni tahun keempat aku kat sini, serta kali ketiga aku “sambut” musim panas kat saitama.

Bezanya tahun ni tersangatlah panas. Dalam rumah bahang yang teramat. Lagi-lagi aku baito sepanjang (summer) ni.

Tambah teruk lagi, bulan puasa jatuh pada hari-hari yang terik, ditambah pula dengan 蒸し暑い(panas yang melekit, dan lembap).

Sebab itulah summer tahun ni ramai yang balik Malaysia. Konon nak larikan diri daripada kepanasan Jepun ni. Actually Malaysia pon panas gak, cuma waktu malam dan pagi cuaca dingin. Yang tak best kalau hujan tetiba turun lebat, pastu berhenti(にわか雨).

Kalau kat Jepun ni ramalan cuaca(天気予報) boleh la dipercayai, or aku boleh kata ketepatannya tinggi, tapi kalau kat Malaysia, 天気予報 amat susah nak tepat. Kenapa? Aku agak sebab faktor2 yang menentukan cuaca di Malaysia amatlah banyak, variable yang sangat random dan lain2 lah eh. Aku bukan pakar bab ni so jangan tanya aku. hehe.

Kepanasan yang “membunuh” ni memamg really membunuh. Tahun ni ramai orang Jepun mati sebab heatstroke(熱中症).

Setakat ni 145 orang dah direkodkan meninggal dunia sbb heatstroke. Manakala Heatwave(猛暑) yang mencapai tahap kemuncak dicatatkan dari 16/8~22/8 mencatatkan rekod tertinggi untuk orang yang kena 熱中症.

Tulah kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lagi sejuk kat negeri sendiri :P

ps: 熱中症対策をきちんととるようにね

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails