Pages

Wednesday, October 14, 2009

MSAJ All Japan Sports Festival (MSAJ 全日本スポーツ大会)

Here I have an annoucement…

Kepada semua ahli MSAJ,

Tibalah masa yang dinanti-nantikan! Tahun ini MSAJ akan menganjurkan “MSAJ All Japan Sports Festival”.

MSAJ All Japan Sports Tournament ( MSAJ 全日本スポーツ大会 )
FUTSAL DAN BOWLING

Tarikh : 22 November 2009 ( Ahad )

Tempat : CK Square NIIZA di Saitama-ken ( depan 新座駅 )
( Futsal ) – Tingkat 8
( Bowling ) – Tingkat 6

Masa : 11.00am – 6.30pm
( Futsal ) – 11.00am – 6.30pm
( Bowling ) – 2.00pm – 6.30pm

*Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar Malaysia di Jepun
*Bayaran tambahan akan dikenakan bagi peserta bukan ahli MSAJ

FUTSAL
1.Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 pemain dan dihadkan seramai 3 pemain simpanan.
2. Yuran pendaftaran adalah 5000yen bagi satu pasukan (bayaran sebanyak 500yen akan dikenakan ke atas setiap PESERTA bukan ahli MSAJ ).
3.Setiap pasukan dikehendaki menghantar satu pemain untuk menjadi pengadil.
4. Hadiah dalam bentuk wang tunai, piala, dan pingat untuk pemenang-pemenang tempat PERTAMA,KEDUA DAN KETIGA.
5. Tempat penyertaan adalah terhad kepada pasukan mendaftar dahulu.

BOWLING
1. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 4 pemain (pemain wanita adalah dialu-alukan )
2. Yuran pendaftaran 2000yen bagi satu pasukan
( bayaran lebih sebanyak 200yen akan dikenakan ke atas setiap PESERTA jika bukan ahli MSAJ )
*yuran pendaftaran tidak termasuk bayaran kasut
3. Hadiah dalam bentuk pingat untuk pasukan-pasukan tempat PERTAMA DAN KEDUA.
4. Piala juga akan dianugerahkan kepada “Top 3 Bowler”.
5. Penyertaan adalah terhad kepada 10 pasukan pertama yang mendaftar dahulu.

Kepada sesiapa yang berminat, sila “download” dan isikan borang penyertaan. Namakan fail  *nama pasukan*_msajsport.xls dan hantar kepada emel berikut. Amaran: Penyertaan tidak akan diterima jika borang tidak digunakan atau tidak lengkap.


FUTSAL
Shahrul Nizam bin Azman ( Cikun )
@ perhubunganahli@msaj.net

BOWLING
Lai Chai Ei ( Lai )
@ sukan@msaj.net

TARIKH TUTUP: 31 Oktober 2009

Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada Lai ( 080-3534-0296 ) atau Cikun ( 080-3398-2620 ) atau melalui laman web MSAJ ( www.msaj.net )

Yang menjalankan tugas,
AJK Sukan dan Rekreasi
MSAJ

Related Posts with Thumbnails