Pages

Thursday, September 17, 2009

PAK CIK PON NAK RAYO~~

Post kali ini amat panjang. Haha.

Sigh~

Raya kali ini merupakan raya yang ke-2 aku di perantaun. Yang pertama masa aku first year. Masa 2年生(2nd year) pulak aku bernasib baik sebab dapat balik untuk beraya di tanah air. Secara jujur aku nak kata kat sini, beraya di Jepun amatlah bosan. Lagi bosan drpd tengok Senario. Tapi, aku bersyukur, aku berada di kawasan dekat dengan embassy, so, dapatlah berjumpa dgn ramai orang Malaysia kat embassy nanti.

Aku takleh lupa kenangan ayam merah embassy. Amat-amat tak boleh belah. Ayam merah yang disangka sedap lagi berkhasiat tu menyebabkan hampir berpuluh-puluh manusia sakit perut, yang paling teruk kalau menyebabkan mencirit kat dalam 電車(train). Dayat sempai aku sempat tiba di rumah, manakala apun pulak sempat singgah di tandas awam. Haha. AKU? sebab perut aku bertarung habis-habisan menentang penjajah ayam tersebut, aku berjaya melambatkan proses penciritan.

Mmmm. Hari ini 27 Ramadan, bermakna ada 3 hari lagi nak raya.

Beraya di Malaysia bersama keluarga tercinta amat bermakna dan meriah bagi aku, even aku dah 22 tahun sekarang ni. Masa cenonet dulu, tiap kali raya aku mesti riang gembira sampai lupa nak makan nasi. Okeh, aku rasa aku nak senaraikan kenapa aku suka beraya di Malaysia;

  • Dapat kumpul dengan mak ayah, abang dan adik2 aku.
  • Jumpa cousin2 aku yang best.
  • Dapat makan lemang dengan mazola.
  • Dapat duit raya of course!!
  • Main mercun ni mase kecik je

Dulu kalau beraya kat kampung, bila sampai je, benda first aku cari ialah aku nya cousin. Maisara, Khairol, Ila, Kak nique antara sepupu aku yang aku paling rapat. Tu semua belah ayah aku. Kalau belah mak aku pulak, aku rapat dgn makcik aku yang sebaya dgn aku. Aku ingat dulu kalau beraya kat olak lempit(kat Banting), memang dgn makcik aku tulah aku beraya. Berbuih gak la aku terangkan yang aku ni cucu nenek aku.

fact#1 Kampung aku ada 2. satu di Kg. Sg Buaya, Rawang dan jugak Olak Lempit, Banting.

Even semua dah besar2 pon, bila raya mesti kecoh jugak. Kalau semua sepupu aku kumpul, nescaya pengsan atok nenek aku. *Aku ada lebih 70 sepupu, aku antara yang paling besar. Aku pon memang tak dapek nak melayan semua sepupu aku yang kecik2.

Aku ada 3 orang mak saudara aku yang suka cium dan peluk aku kalau jumpa. Yang peliknya, kat sepupu aku yang lain diorang tak buat camtu. Tapi, mak saudara aku tu start cium peluk aku masa raya 2 tahun lepas la. Senang kata, diorang rajin buat camtu sejak diorang hantar aku kat KLIA masa aku nak fly dulu. Memang aku rasa amat terharu. Amat2. Terasa aku ni macam anak buah feveret diorang!! Perasan mode ni!!lol:P

Lagi satu, famili aku tak buat lemang. So, aku amat mengharap makcik aku yang dekat Sg. Buaya, tu yang buat dan bagi aku makan banyak2 lemang. Haha~

Raya tahun ni aku macam biasa beraya kat embassy Malaysia kat Shibuya, Tokyo, lebih kurang 40 minit lebih kalau naik 電車 dari rumah aku. Raya kat embassy cam biasa la, solat sunat raya, pastu jamuan makan sambil beramah mesra. Kalau artis mana2 datang ke takpela jugak hehe. Sembang punya sembang, bila matahri dah naik tinggi melangit, mulalah masing2 siap2 nak balik rumah masing2. Aku dari Saitama ni kira ok jugak la. Dekat jugak la dengan embassy. Kalau yang naik train 2 jam lebeh camtu, tak ke payah nak datang tu. Mmm lepas tengahari tu biasanya budak2 ni merayau2 di Tokyo, pastu barulah balik rumah(Kalau hari raya jatuh pada hari cuti). Aha, ada jugak jamuan hari raya dekat naka-meguro, tempat kediaman staff kedutaan. Yang ni pon mendapat sambutan terhangat drpd students kat sini.

Hehe Raya kali ni jugak aku ada baju raya, khas berwarna coklat, warna yang sama dengan si dia.*ehem2. Ni  first time aku rasa sangat2 tak sabar nak pakai baju raya masa raya first tau.

Raya tahun ni di Saitama dijangkakan tak lah semeriah tahun-tahun lepas. Tahun lepas paling suram sebab time tu embassy tutup sebab ada renovation. Nasib baik aku balik raya kat Msia masa tu.

Umat Melayu kat Saitama pada raya tahun ini pulak jatuh turun mendadak, disebabkan raya jatuh pada summer break selama 2 bulan, so, kurang orang, kuranglah meriahnye kan. maka amatlah tak heran kalau aku cakap tahun ni raya macam tak raya. sob2 :(

Walau camna pon, dah nama pon raya kan, so kenelah do something untuk buat raya tahun ni meriah sikit. Tahun ni jugak raya first aku beraya di alam maya bersama si dia*ahaksss. Raya bersama orang tercinta sememangnya amat aku nanti-nantikan sejak azali aku mengenal erti cinta (kepada manusia) lagi. Thanks a lot sayang!:)

Camna pon, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku still dapat beraya, walaupon raya di perantaun je.

Adios~~

Related Posts with Thumbnails