Pages

Wednesday, July 22, 2009

皆既日食[gerhana matahari penuh Japan] 22th July 2009

Hari ni Jepun mengalami fenomena paling penting abad ini, iaitu gerhana matahari penuh atau dalam bahasa Jepunnya 皆既日食(kaiki nisshoku).

Kali ni agak sedih sebab aku kat dalam kelas, tak dapat nak mencerap(mengamati) gerhana. Pulak tu cuaca mendung.:(

gerhana selepas 46 tahun.

 

OK, nak kongsi sikit kat sini. kenapa gerhana matahari kali ni sangat istemewa..

  • kerana ia berlaku selama lebih kurang 3 jam setengah, iaitu merupakan fenomena gerhana matahari terpanjang untuk generasi sekarang. Dijangkakan takkan ada gerhana matahari selama ini sehingga June 13, tahun 2132(kiamat ke belum?)
  • kerana watak2 utama dalam HEROES kehilangan kuasa untuk sementara waktu.—rujukan di sini

lagi satu, aku tertanya-tanya bagaimana orang jepun berfikir mengenai gerhana kali ini. ini yang aku dapat ;

  • “saya nak cerap gerhana dengan orang tersayang.”
  • “人生が変わった? “dari segi apa ntah hidup diorang berubah.
  • “あまり見られない現象だから、見てよかった..見て嬉しかった!!” Mereka hanya bergembira dan seronok sebab bukan senang nak tengok gerhana kat jepun.
  • sugoi!! sugoi!!
  • sugosugiru!!
  • mcm2 lagi kot.korang tanya sendiri kawan masing2.

Bagi muslim, kita rasa bersyukur dan kagum terhadap kekuasaan dan kebesaran Allah. Tapi bagi orang jepun pulak(yg non-muslim la), mereka langsung tak berfikir akan siapa yang menjadikan gerhana tersebut. AstagfiruAllah.

Ok, yang menariknya, tadi kebetulan ada dokumentari kat NHK(aku jarang tengok channel ni) mengenai gerhana matahari. haha baru aku tau yang

 kenapa agaknye, bila gerhana matahari penuh berlaku, saiz bulan dan matahari seakan-akan SAMA?

jawapan—>sebab saiz matahari adalah 400 kali saiz bulan, manakala jarak matahari dari bumi adalah 400 kali lebih jauh daripada jarak bulan ke bumi.

MasyaAllah…

Seumur hidup aku, aku tak pernah solat gerhana, InsyaAllah gerhana akan datang, mudah-mudahan aku dapat buat. Amin.

ps: Hukum dan cara-cara solat sunat gerhana di sini.

Related Posts with Thumbnails