Pages

Friday, March 27, 2009

melayu kami makin hancusss!!

 

23 hb Mac 2009 yang lepas, batch ke 24 AAJ boleh lah dikatakan telah selamat beraada di jepun selama 2 tahun(fly pada 23 Mac 2007). Ada banyak perubahan yang berlaku, seperti,

  • aku boleh katakan hidup tanpa keluarga di negara asing dan jugak sebagai golongan minoriti banyak mengajar kami menjadi lebih berdikari.
  • proses kematangan kami dianggap lebih cepat oleh sesetengah pihak. YEKE??
  • sudah biasa dengan bahasa jepun.
  • kurang biasa dengan bahasa mat saleh.
  • ilmu memasak yang cukup untuk membuatkan anak dara di Malaysia tercengang.
  • ada banyak lagi.
  • tapi, yang aku nak tekankan kat sini ialah…………..

BM KAMI MAKIN HANCUSSSSS

Sebenarnya, aku memang terasa sangat yang Bahasa Melayu ( atau Bahasa Malaysia, mana2 lah ehh) sudah makin teruk, lebih2 lagi bila budak2 kita ni terlibat dalam majlis rasmi.

Aku dah lama sedar akan benda yang dianggap remeh ni. Cuma aku bertambah sedar bila aku terlibat dalam orientasi kohai(junior) selama 5 hari di Toko Hotel, Gotanda, Tokyo yang baru je tamat 25 hb lepas.

Apa yang aku nampak, kemahiran bercakap di depan orang ramai itu bukan lah yang menjadi masalah bagi aku dan juga AJK(facilitator) lain, musuh kami yang sebenar ialah PENGGUNAAN BAHASA YANG TERUK!!!

Aku terlibat dalam membuat pengumuman bersama Haris, dan juga sebagai MC sekali sekala. Secara jujur aku boleh cakap camni-MY MALAY WAS SUCKS!!.

Nak salahkan siapa? PPSMI? Mahathir? Anwar? Mak aku?

Taklimat mengenai MSAJ dan KUJ secara am nya kurang memuaskan, serta penggunaan tatabahasa yang amat teruk. Memang sah tak boleh jadi ahli politik !!! Jom baca contoh di bawah ni.

 

Persatuan ini ditubuhkan 3 tahun terlebih dahulu.”

…APEKAH?????

 

Itu salah satu contoh yang terbaik. No offense to anyone.

Mmm..tujuan aku tulis ni pasal nak menyedarkan aku dan anda semua betapa perlunya mengusai sepenuhnya bahasa ibunda kita. Siapa lagi kalau bukan kita yang nak memelihara bahasa kita sendiri. Takkan orang jepun kot.huhu.

ps: BM jangan dilupakan, BI mesti dipertingkatkan, B. Jepun difasihkan. Bahasa ARAB nak di-apa-kan ye??

5 comments:

  1. apsla aku rase bahse melayu aku cam bese je
    tuh aa korang lupe daratan asek tengok wayang jepun sambil makan pop corn je nagahah

    ReplyDelete
  2. mungkin ko slalu tgk hentai kot, kan sumenye dlm bahse jepon~ kalo xpaham, xlayan la plak kan? :P

    ReplyDelete
  3. hahaha comment xde kaitan...

    'ilmu memasak yang cukup untuk membuatkan anak dara di Malaysia tercengang.'

    betulke da sampai level ni cikun...hahaha

    ReplyDelete
  4. @neng...haha ko genius bahasa kan..tgk je la kat blog ko, penuh dgn ayat2 yg x mampu aku wat..cewahh..haha

    @afiq...adeyh, aku ke?or ko yg tgk??hahaha..zaman skg ni kan ade subtitles...hehe..

    @ilyas...tu la ko, x baca betul2..hehe..kan aku refer "kami", bukan aku ....2 tahun beb, dah la selalu masak..at least we can cook!!ngeh2..

    ReplyDelete
  5. ala, xsyok la kalo ade subtitle... derg bkan translate betol2 pon~ hahahaha~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails