Pages

Monday, March 9, 2009

English has never made me less Malay

Kali ini aku nak mengomel pasal PPSMI, iaitu salah satu topik hangat yang sedang dibincangkan kat warung serata malaysia sekarang ni, termasuk la saizeria kat saitama, tokyo dan seumpamanya.

Siapa yang tak tahu mengenai PPSMI sila beli KOSMO ke or boleh rujuk di kenapakorangtaktahu.com.my.

Untuk pengetahuan semua, dari dulu lagi aku dah lihat isu ini sebagai isu yang sangat panas. Dan kat sini aku nak mengutarakan pendapat aku yang masih mentah ini. Oleh sebab aku ni budak baru belajar, aku tak dapat lari dari membuat kesilapan dan juga mungkin jugak pendapat aku ni ada yang tidak disenangi oleh beberapa pihak. Jom baca.smile_eyeroll

English has never made me less Malay

Ayat BI ni memang sangat mudah dan ringkas. Bila aku baca berita dan blog pasal demo jalanan baru-baru ni, aku tertanya-tanya la jugak-takde kerja lain ke abang2, kakak2, adik2 berhingus ni?.

Memula aku mencuba untuk menjadi neutral, maka aku dengan rajinnya, menghabiskan masa aku selama +-4 jam untuk baca semua artikel, post kat blogs, sama ada pro-PPMSI atau anti-PPMSI.

Setelah aku kaji2, aku tetap dengan pandangan aku yang menyokong sistem ini diteruskan.Mengapa agaknya ya En Cikun nak sokong PPMSI? OK, selain daripada pandangan utama seperti BI tu bahasa antarabangsa dan jugak bahasa rasmi untuk sains dan teknologi, aku jugak ada pandangan aku sendiri. Jom tengok!!

  1. Aku yakin sistem ini tidak akan membuatkan aku kurang MELAYU.
  2. Aku tak juga fikir BM akan terancam.
  3. BM bukan bahasa yang lemah, yang lemah itu adalah bangsa Melayu itu sendiri.
  4. PPMSI akan menyediakan acuan yang baik untuk pelajar meneroka alam sains dan matematik. Sumber-sumber pun kan banyak ditulis dalam BI.
  5. PPMSI tak boleh diukur keberkesanannya sekarang. Kajian selama 6 tahun oleh pihak anti-PPMSI tu tidak mencukupi untuk meyakinkan aku yang PPMSI harus dihapuskan. Keberkesanan PPMSI boleh diketahui dengan lebih tepat jika mengambil sample kajian pada tahun 2013, 2014 dan seterusnya.
  6. Kalau ditukar lagi sistem yang sedia ada, yang jadi mangsa nanti siapa? Adik aku jugak.(darjah 2, tingkatan 2 sekarang). Aku taknak adik aku terseksa.haha.
  7. Semua orang tahukan akan kepentingan BI sekarang ni. Aku tengok ramai Melayu yang kurang menyerlah di prasarana antarabangsa disebabkan oleh lemahnya BI mereka.
  8. Nak tiru Jepun dan Korea??haha,mada hayai ze!! kalau tengok keadaan sekarang, kita ketinggalan 100 tahun berbanding Jepun, 50 tahun berbanding Korea. Kita perlukan catalyst, atau pemangkin untuk berdiri sama tinggi dengan mereka. Untuk itu, PPMSI adalah salah satu pemangkin tersebut. Mentaliti kelas pertama bukan senang untuk dicapai ye cik adik.

Sebenarnya ada banyak lagi yang aku nak senaraikan, tapi sudah menjadi prinsip aku untuk tak nak tulis panjang2, maka aku berhentilah dulu setakat ini.

Demi kepentingan bangsa aku sendiri, aku sangat mengharapkan sistem ini diteruskan. Sekian.


ps: Kalau boleh, aku nak tau gak pandangan kwn2 ku yg berblog mengenai PPSMI ni.

pss: Malaysia Boleh!!

psss: Salam Maulidur Rasul untuk minna-san.

8 comments:

  1. haha boss aku setuju la jugak dengan pemandangan kamu supaye PPSMI ini diteruskan

    memang betul la tuh slogan :bahasa jiwa bangsa tuh dipegang tapi....
    tapi cube la kalau slogan bahase jiwe bangse tuh amalkan kat luar negare terutamanye jepun neh
    boleh berebut-rebut gakla babi masuk dalam perut kot

    bangse yang memartabatkan sesuatu bangse itu bukan bahase aje

    eh betul ke ape aku tulih .

    ReplyDelete
  2. xramai melayu yg menguasai bahasa ingeris terutamanya di kawasan kg2 dan pedalaman..kalau boleh biarlah bahasa ingeris itu diperkasakan terlebih dahulu di dalam kelas bahasa ingeeris. Sains n math dalam bahasa melayu ada juga baiknya. Lihat saja kaum cina. Mereka mempunyai asas yg kukuh dalam sains n math kerana telah mempelajari dan memahaminya dengan baik dalam bahasa meraka sendiri dan mereka tidak juga mempunyai masalah dalam bahasa ingeeris kerana mereka juga diperkasakan dengan bahasa tersebut. bahasa tidak perlu dipersalahkan.

    just my 2cent =)

    ReplyDelete
  3. @neng,haris

    Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.

    aku ambil sedikit ayat dari blog chedet, insan yang bertanggungjawab melaksanakan PPSMI pada tahun 2003. Tiada maknanya kita asyik kata bahasa jiwa bangsa, kalau ilmu sains dan matematik itu tidak utuh di dada.

    Untuk menyediakan acuan yang SANGAT2 kukuh utk orang melayu bersaing di peringkat antarabangsa itu bukan senang, tapi kita BOLEH buatkan cabaran ni jadi lebih senang kalau penguasaan ilmu sains dan maths dipertingkatkan dengan kadar yang cepat.

    Aku suka kata pasal pemangkin or pemacu yang membawa malaysia ke arah wawasan 2020 skg ni adalah PPSMI itu sdr. kita tak cukup penterjemah untuk terjemah semua bahan ke dalam BM. nampak memamg PPSMI itu sdr adalah solution yang terbaik!!

    aha..nak memperkasakan BI dalam kelas sahaja x cukup tau haris. pulak tu kan, kat luar kelas budak2 mana ada cakap BI.

    macam bdak msia kt japan gak, kita nya bahasa jepun aku tgk ramai yang tak amik kisah,

    asalkan lepas exam sudah.....tu pemikiran budak kita skg ni, termasuk la aku.muahaha..ish, kena ubah ni!!

    Nak tambah lg, banyak ilmu dalam bhse jpn yang lebih detail maklumatnya banding dgn BI. pulak tu cara orang jepun persembahkan maklumat jugak amatla wat aku kagum.senang difahami, menarik.hehe.

    tengok aje bangumi kat TV tu, kan banyak yang berilmu, wpon geinoujin wat lawak ke ape ke, tapi ttp bermanfaat(kalau kita paham bhse jpn)

    well, tepuk dada, tanya selera.fikir-fikirkan lah..

    ReplyDelete
  4. 1. Blind man with an elephant (sila google/wiki) - moto aku untuk PPSMI

    2. http://ummuhurayrah.blogspot.com/

    3. http://tehranifaisal.blogspot.com/

    3-1. http://72.14.235.132/search?q=cache:Tv9zzAaQI5EJ:www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%2520Report+http://www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%2520Report&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=sg

    3-2. http://arkib-ppsmi.blogspot.com/2009/03/prof-dr-shaharir-md-zain-jawab-datin_1882.html

    3-3. http://universitipts.com/index.php/site/comments/profesor_profesor_melayu_dalam_bidang_sains_yang_menentang_ppsmi/

    4. kalau merujuk no 8, memang tepat ke blog aku yang menggunakan Jpeun sebagai contoh. Harus faham, aku katakan. "Walaupun jepun mampu memajukan diri sains dan matematik dalam bahasa sendiri, tetapi bersampingan dengan itu, bahasa jepun di kalangan rakyatnya semakin hancur. (Atas beberapa sebab). Maka, cuba bayangkan betapa hancurnya bahasa jepun, jika mereka wajib belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

    5. Maksudnya, kalau diamalkan matematik dan sains itu ke dalam bahasa Inggeris di Jepun, maka lebih dan lebih lagilah teruk bahasa jepun yang kita sudah dengar sekarang. :)

    6. Pejuang bahasa sebenarnya tak kisah hal pandai-bodoh, kerana memang budak Malaysia sedia pandai. Bak kata kau, sikap "asalkan lepas exam" itu yang membuatkan ramai jadi bodoh. Jadi sebenarnya PPSMI bukan solution sebenar. Untuk memartabatkan BI dalam subjek kritikal, YA. Tapi adalah berjaya mengubat sikap "asalkan lepas exam?". Adakah berjaya membuatkan pelajar Malaysia faham sejarah-geografi-tatabahasa-penulisan-lukisan kejuruteraan-komputer-sains sukan-syariah Islam-arkitekture-pertanian-dll.?

    7. Jadi adakah kita perlu pula selepas ini, mengInggeriskan semua subjek di atas, semata-mata untuk menjadikan "senang faham?".

    8. Isu babi masuk ke perut tu. :p. Adakah mungkin lepas ini kita perlu mengajar kanji pula, menjadi PPSMJ?

    9. Bacalah blog Faisal tu, bukan dia sahaja, hampir semua pakar bahasa, sosial, sejarah, politik melayu, kerabat diraja, ketua pengarah akhbar (kalau baca utusan dan BH bahagian artikel sudah berkurun diterangkan hal ini), DBP, GAPENA, persatuan guru-guru (termasuk persatuan guru china) menentang dengan teramat keras.

    10. Tentangan PPSMI ini adalah tentangan yang boleh dikatakan terkuat selepas 13 Mei. (mengalahkan mana-mana tentangan politik, kerana ini krisis bangsa).

    11. Tapi semua berbalik kepada kumpulan lelaki buta dan seekor gajah. :)

    ReplyDelete
  5. hohoho... basically, aku xbrape stuju dgn PPSMI nih, tujuannye baek tp org dok bantah skang ni sbab perlaksanaannye xberkesan.

    kalo betol nk wat PPSMI nih, kerajaan kne pastikan yg guru2nye mmg dah berpengalaman n prepared enuff utk mengajar dlm english, mcm chegu english yg aja english tu. Meaning, they have 2 be able to deliver their teaching in english very well. Skang ni, kalo tgk kat majoriti skola (mak bapak aku chegu, aku dpt feedback drpd derg gak), chegu2 yg aja sains n math ni mmg broken gler english dier. Mengajar mcm ikot skrip sbab derg pon xdpt cukop latihan utk tackle mende ni. Lg 1, kebanyakan chegu mude ni blaja dlu pon in bahasa melayu compared to chegu2 yg sezaman bapak aku or mr. wong peng yuung yg blaja kat english medium school. So, kat cni da nmpk kelemahannye. Just be realistic la, kalo chegu pon x prepared (ngan english yg bertrabor), camne bdak2 nk phm? They will b less motivated. Yes, it is undeniably ade chegu yg bagos, tp ini sgt rare. Majoritinye xbrape prepared for PPSMI. So, yg terkorban kat cni is adek2 kite gak.

    It is not about being less Malay or whut, tp rakyat x setuju dgn cara perlaksanaannye. Secare x lgsg, bdak2 ni gak yg terkorban. Imagine la bdak2 kampung yg mmg x terdedah lgsg ngan english, n dtg plak chegu yg xbrape prepared utk mengaja in english. Lame2 bdak jd bosan pdhal time2 camni la kite kne tanamkan asas kefahaman yg kuat utk derg. Kalo mule2 pon da nmpk cam susa, camne bdak2 tu nk motivated? So, it is important for us to make things easy for them at the grassroots level. Aku pon slalu tlg adek aku wat hwork die. N die slalu blur. Bile aku tny, "Chegu x ajar ke?", then die jwb, "Chegu suro tny parent kat umah". Aik, xpelik ke tu? Spatotnye chegu kne make clear bende ni b4 bg bdak2 tu wat keje. Kalo camtu, bek aku jd chegu, stakat english tu aku rase level aku lg baek kot.

    Lastly, mende ni xadil utk chegu2 laen. Guru2 sains n math ni dpt byk extra compared to chegu2 laen like PPSMI allowance, laptop n etc. Tp, kualiti mengajar derg still cam hampeh gak. So, xadil la utk guru2 laen yg berdedikasi mengajar mateplajaran memaseng. Bole dikatekan mende ni sbg pembaziran gak, dat's y org menentang. Bg aku, kalo nk wat PPSMI ni bole. Tp make sure chegu2 ni btol2 bersedia, bg trening 2-3 taon bia foundation da kuat, bru laksanakan. Budak2 skang bkan bodo, sure byk yg nk ditanye. Kalo chegu xleh jwb, die pon bleh ilang trust kat chegu tu. Pk2kan la~

    ReplyDelete
  6. aku setuju ngn harisu sama n afiq.

    klu nk wat math, science in english sbb nk sama level ngn org2 barat ke, nk power up english ke..hmm...aku rase better btol2 kuasai english dulu. kalu english da power, ape2 in english x kesah la kan. ape la fungsinye subjek EST kite amek dulu. heheh... tu je pon aku rs cukup utk dedahkan budak2 thadap scientific term in english. lain2, kat uni nnt ah blaja. tu mmg byk in english kan. so kdg2 aku kesian gak kat adek aku x tau ape tu 'janjang', 'jisim atom'..haha...
    pemahaman ilmu tu yg penting.
    yg lain2 blakang kira.

    ReplyDelete
  7. hah,mood nak komen dah dtg.well,i my own opinion regarding this,and what i gonna say pon lebih kurang mcm mohd afiq i guess.mm,memule b4 ppsmi dijalankan,aku mmg sgt2 xsetuju laa pasal bende ni, tapi lepas 6thn ia dijalankan,aku rs ianya WAJAR diteruskan.

    reasons nape memule aku xsetuju ppsmi dijalankan:
    1)kalau pk balik kan,ape motif ppsmi ni?nak bg students kuasai english?oh no, i think tujuan tu da molek da,tp xkene dgn gaya,i mean english is a languange,u cnt improve english just with the usage of that language with other subjects.why?because a PROPER language has grammar,pronunciation,listening skills,writing skills,comprehension skills and etc.how students can achieve all those just using english in math and sc?i suppose,kalau nak tere english,kene laa GUNA that language seharian,meaning even outside the school hours,is not that easy learning a language.and i suggest,even if nak galakkan students gune english and wanna improve their english,i think government should INCREASE the duration time spend in teaching english in school.so that,students will learn MORE english and this will INCREASE the time spend in speaking english at school.nak harap students ckp english kat umah?i believe most of the students xwat cm2 kot.

    alamak,my class da nak stat.lol.will continue soon.sorry en blogger.haha:P

    ReplyDelete
  8. ok,smbung,lol.

    2)nak ckp sbb MOE nak bg pendedahan kpd students ngn istilah2 sc and math in english?well,myb motif tu dah bagus sgt la tu kan,tp cara perlaksanaan yg xbersesuaian.nape nak tergesa2 sgt wat ppsmi ni?apsal xbg gap,at least drp usul tu,bg laa ms dlm 5-6 thn utk sume org termasuk MOE sndr nak sediakan prasarana,guru2 and even mentality kpd perlaksaan tu.tgk je laa situasi skg,cikgu2 yg ngaja math n sc in english sndr pon xkonfiden ngn english derang,nak plak ms derang blaja dulu in malay,tetibe nak kene ajar in english,xke xpatut tu?bende ni wat keadaan bertambah buruk which teachers themselves tend to use broken english or even worse use 'bahasa rojak'.isn't it a bad impact to the students or to the education system as a whole?patutnye,MOE kene laa sediakan guru2 yg berkaliber,yg mmg betul2 mahir untuk mengajar math and sc in english,bukan maen hentam je,mcm skg,ibarat ketam mengajar anak berjalan.

    3)Sebelum wat ppsmi,MOE patut kaji betul2 keadaan kat luar bandar cne,cne english students kat kawasan pedalaman ni.I used to be a tutor in my kampung,teaching math and sc in english,just imagine, even the word "if" they do not know,what does it means,how can the teacher(or me at that time) teach them?they are really WEAK in english,they do not understand english,how the teachers could teach them math and sc?even if I teach them in english,they do not understand at all,mcm aku berckp ngn batu plak jdnye,bukan ke itu buang ms?plak tu,aku terpaksa plak translate satu2 to malay,dah jd kelas translate bahase plak.isnt it wasting time?lame2 students ni give up,xnak blaja math and sc,bukan sbb math and sc itu sndr,tp sbb xphm the language.at last,english tah kemana,math tah kemana,sc pon tah kemana,students pon tah kemana,ibarat yg dikejar xdapat,yg dikendong berciciran.

    but then,even bp banyak bantahan pon,ppsmi tetap dijalankan,i hv no choice,just agree with ppsmi after 6YEARS ppsmi ni dijalankan,sbb:

    1) just imagine,kalau laa tetibe ppsmi ni dibatalkan,xke rugi duit yg dah dilaburkan oleh kerajaan utk bende ni?berbilion2 duit tax payers abes cm2 je.bp byk students dihantar ke overseas utk wat perguruan so that we have tenaga mahir utk mengajar utk ppsmi ni.guru2 skg yg join ppsmi ni diberi 10%-20% EXTRA drp gaji derang,buku2 teks sume dah tukar kpd english,ketas2 soklan sume dah wat dwibahasa,just imagine,bp bilion duit rakyat dah dihabiskan?kalau tetibe nak batalkan,xke rugi namenye tu?sape yg rugi?government xdehal pon,RAKYAT laa yg rugi,mak bapak kite yg byr tax laa yg rugi.

    2)after 6 years bende berjalan,students pon da blaja sume terms2 in english,and dah terbiasa ngn terms2 tu in english,tetibe plak nak tukar in malay,and then bile masuk uni,kene plak blaja in english balik,xke pening students tu nnt?dah alang2 wat ppsmi,wat laa bebetul,jgn laa kejap nak wat,kejap nak batal,kalau nak batal,patut awal2 lagi xyah jalankan,students pon xpening pale,duit pon xabes,patut MOE dah kaji awal2 pasal bende ni.

    pape pon,tujuan MOE tu mmg baek dah,tp cara perlaksanaan nye yg terlalu rush i guess.so i think mmg xpatut kalau nak mansuhkan ppsmi SELEPAS 6thn dijalankan,sepatutnye MOE perlu menambah baik cara perlaksanaan sistem tersebut;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails